Selasa

PENCAPAIAN SILAT GAYUNG FATANI


Pertubuhan ini pernah menjadi Juara Keseluruhan Kejuaraan Silat Kebangsaan iaitu pada tahun 1991 (Melaka), 1992 (Kedah), 1994 (Pulau Pinang) dan 1995 (Kuala Terengganu). Pertubuhan ini juga berjaya melahirkan pesilat untuk negara sebagai contoh Kejuaraan Silat Peringkat Antarabangsa seperti di Sukan SEA, Terbuka Antarabangsa dan Silat Dunia.
Selain itu, kurikulum baru Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia telah dijadikan dasar untuk mewujudkan kurikulum silat. Pada April 2002, majlis Kementrian, Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia bersama Kementrian Pendidikan Malaysia telah menjemput Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) untuk mengadakan satu mesyuarat mengenai program ini. Oleh itu, Tuan Haji Anuar telah menerima tugas itu dan dipertanggungjawabkan untuk mengasas, menyusun dan seterusnya mengembangkannya ke seluruh negara. Di dalam mesyuarat tersebut, ahli majlis bersetuju menerima kurikulum baru Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia dijadikan dasar untuk mewujudkan kurikulum silat.
Malah menjadi juara dalam kategori persembahan berkumpulan dalam International Martial Arts Games(IMGC) pada 15-20 September 2004 di Pyongyang, Korea Utara anjuran International Taekwando Federation(ITF) yag disertai oleh 12 seni mempertahankan diri teraik dunia dari 40 buah negara.
Menjadi juara dalam kategori persembahan berkumpulan dalam International Martial Arts Games(IMGC) pada 13-15 Mei 2005 di Perugia Itali, Anjuran World Kung Fu Wushu Championship yang disertai oleh ahli dan negara IMGC.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan