Ahad

GELANGGANG SENI GAYUNG FATANI, GENDANG SILAT GAYUNG FATANI PULAU PINANG

(gambar, abdullah dan tuan guru utama psgfmpp/psgfm dipersembahkan pertunjukan silat semasa perasmian gelanggang baru psgfmpp)


Gelanggang gayung fatani dahulunya berasal dari sebuah kandang lembu, kandang lembu tersebutlah tempat latihan silat hampir beberapa tahun. pada 15 mac 2002 gelanggang PERTUBUHAN SENI GAYUNG FATANI MALAYSIA CAWANGAN NEGERI PULAU PINANG (PSGFMPP) baru di buka, ia dirasmikan oleh perdana menteri malaysia dato' sri abdullah hj ahmad badawi, dato' sri abdullah hj ahmad badawi telah menjadi timbalan perdana menteri pada ketika itu. PSGFMPP telah didaftar pada 30 januari 1999 sebagai badan sukan di bawah seksyen 17 akta pembangunan sukan1997. dahulunya silat ini dipanggil silat pulut pada sekitar tahun 1960, kemudiannya TUAN GURU UTAMA PSGFM, TUAN GURU HJ ANUAR WAHAB munubuhkan gayung fatani pada tahun 1965. tuan guru anuar sekarang juga dikenali pewaris terkini, kemudian lahir lah tuan guru hj anuar telah melahirkan TUAN GURU UTAMA GAYUNG FATANI PULAU PINANG IAITU TUAN GURU HJ ISMAIL SAID. (PSGFMPP)
telah menubuhkan kumpulan gendang silat gayung fatani sejak tuan guru hj ismail said menjadi tuan guru utama psgfmpp, ia ketuai oleh beliau sendiri, kini allahyarham hj ismail said telah kembali rahmatullah, sekarang kumpulan gendang silat gayungfatani diketuai oleh anak sulung beliau iaitu JAMALUDIN BIN ISMAIL. segala koleksi gambar kenangan tuan guru hj ismail said, gendang silat, upacara perasmian gelanggang gayung fatani boleh lah layari http://koleksigambargsgf.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan