Isnin

Sejarah Penubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia


Seni Silat Gayung Fatani berasal dari sebuah kerajaan Melayu lama diselatan Thai yang dikenali Pattani. Ia pertama kali dibawa dan diperkenalkan di Kedah pada 1840 oleh Syeikh Abdul Rahman yang berasal dari wilayah Pattani. Ilmu ini kemudian diturunkan kepada anaknya Tok Yah Ramli. Syeikh Abdul Rahman juga mengajar kepada beberapa anak muridnya yang dikenali Pak Teh Ali. Pak Teh Ali kemudian menurunkan ilmu ini seterusnya kepada Pak Andak Embong.Pak Andak Embong pula kemudian menurunkan ilmu kepada Tuan Haji Anuar pd 1965. Tuan Haji Anuar sekarang ini juga dikenali pewaris terkini, Guru Utama Persatuan Seni Silat Gayung Fatani Malaysia PSSGFM. Pada 1974 Cikgu Abd Rahman kemudian mempelajari silat ini dan didaftarkan sebagai pertubuhan rasmi dibawah akta pertubuhan. Seni Silat Gayung Fatani merupakan kombinasi antara silat yang turut diiringi muzik tradisional. Gabungan kesenian dengan teknik beladiri menjadikan Seni Silat Gayung sebagai satu bentuk persilatan melayu lama yang menggabungkan teknik tempur jarak dekat & bersenjata

Tiada ulasan:

Catat Ulasan