Rabu

PSGFM tauliah 13 jurulatih silat gayung fatani

Seramai 13 jurulatih baru ditauliahkan bagi memperkembangkan silat seni gayung fatani pulau pinang, kursus itu di anjurkan oleh pertubuhan seni gayung fatani malaysia cawangan pulau pinang dan majlis belia daerah seberang perai utara. selama tiga hari kursus itu berjalan dengan lancar, ia diadakan di gelanggang PSGFM pulau pinang. setiausaha agong psgfm pulau pinang abd hamid bin hj ismail, ''sebelum ini pulau pinang kekurangan jurulatih dan apabila kursus in dijalankan, ia di lihat mampu melahirkan jurulatih yang berbakat. kini, bangsa lain juga sudah mula meminati seni silat ini dan kita bimbang sekiranya warisan yang ada ini kian dilupakan oleh jenerasi muda khususnya orang melayu sendiri"

Isnin

malam pendekar usm2009

Pada 6 feb lalu pertubuhan seni gayung fatani malaysia pulau pinang telah menghadiri pertunjukan malam perdekar di usm batu uban, penang. Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan Malam Pendekar bagi menyuburkan kembali seni persilatan Melayu di kalangan masyarakat hari ini. Pelbagai acara menarik akan diadakan seperti forum mengenai silat, gendang muzik silat dan demonstrasi silat, gendang musik silat adalah dari pertubuhan seni gayung fatani malaysia pulau pinang, gambar di atas pengurus gayung fatani memberi keterangan kepada ahli sebelum pertunjukan bermula, kebanyakan persepsi masyarakat yang menganggap seni silat sebagai seni mempertahankan diri yang kolot dan terdedah dengan amalan tahyul dan khurafat.Pada program itu nanti mereka akan mendapat jawapan yang betul mengenainya. seramai 20 ahli gayung fatani pulau pinang menyertai pertunjukan demokrasi itu.

Ahad

GELANGGANG SENI GAYUNG FATANI, GENDANG SILAT GAYUNG FATANI PULAU PINANG

(gambar, abdullah dan tuan guru utama psgfmpp/psgfm dipersembahkan pertunjukan silat semasa perasmian gelanggang baru psgfmpp)


Gelanggang gayung fatani dahulunya berasal dari sebuah kandang lembu, kandang lembu tersebutlah tempat latihan silat hampir beberapa tahun. pada 15 mac 2002 gelanggang PERTUBUHAN SENI GAYUNG FATANI MALAYSIA CAWANGAN NEGERI PULAU PINANG (PSGFMPP) baru di buka, ia dirasmikan oleh perdana menteri malaysia dato' sri abdullah hj ahmad badawi, dato' sri abdullah hj ahmad badawi telah menjadi timbalan perdana menteri pada ketika itu. PSGFMPP telah didaftar pada 30 januari 1999 sebagai badan sukan di bawah seksyen 17 akta pembangunan sukan1997. dahulunya silat ini dipanggil silat pulut pada sekitar tahun 1960, kemudiannya TUAN GURU UTAMA PSGFM, TUAN GURU HJ ANUAR WAHAB munubuhkan gayung fatani pada tahun 1965. tuan guru anuar sekarang juga dikenali pewaris terkini, kemudian lahir lah tuan guru hj anuar telah melahirkan TUAN GURU UTAMA GAYUNG FATANI PULAU PINANG IAITU TUAN GURU HJ ISMAIL SAID. (PSGFMPP)
telah menubuhkan kumpulan gendang silat gayung fatani sejak tuan guru hj ismail said menjadi tuan guru utama psgfmpp, ia ketuai oleh beliau sendiri, kini allahyarham hj ismail said telah kembali rahmatullah, sekarang kumpulan gendang silat gayungfatani diketuai oleh anak sulung beliau iaitu JAMALUDIN BIN ISMAIL. segala koleksi gambar kenangan tuan guru hj ismail said, gendang silat, upacara perasmian gelanggang gayung fatani boleh lah layari http://koleksigambargsgf.blogspot.com/

Selasa

PENCAPAIAN SILAT GAYUNG FATANI


Pertubuhan ini pernah menjadi Juara Keseluruhan Kejuaraan Silat Kebangsaan iaitu pada tahun 1991 (Melaka), 1992 (Kedah), 1994 (Pulau Pinang) dan 1995 (Kuala Terengganu). Pertubuhan ini juga berjaya melahirkan pesilat untuk negara sebagai contoh Kejuaraan Silat Peringkat Antarabangsa seperti di Sukan SEA, Terbuka Antarabangsa dan Silat Dunia.
Selain itu, kurikulum baru Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia telah dijadikan dasar untuk mewujudkan kurikulum silat. Pada April 2002, majlis Kementrian, Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia bersama Kementrian Pendidikan Malaysia telah menjemput Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) untuk mengadakan satu mesyuarat mengenai program ini. Oleh itu, Tuan Haji Anuar telah menerima tugas itu dan dipertanggungjawabkan untuk mengasas, menyusun dan seterusnya mengembangkannya ke seluruh negara. Di dalam mesyuarat tersebut, ahli majlis bersetuju menerima kurikulum baru Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia dijadikan dasar untuk mewujudkan kurikulum silat.
Malah menjadi juara dalam kategori persembahan berkumpulan dalam International Martial Arts Games(IMGC) pada 15-20 September 2004 di Pyongyang, Korea Utara anjuran International Taekwando Federation(ITF) yag disertai oleh 12 seni mempertahankan diri teraik dunia dari 40 buah negara.
Menjadi juara dalam kategori persembahan berkumpulan dalam International Martial Arts Games(IMGC) pada 13-15 Mei 2005 di Perugia Itali, Anjuran World Kung Fu Wushu Championship yang disertai oleh ahli dan negara IMGC.

PERKEMBANGAN GAYUNG FATANI


Pada 14hb September 1976, silat ini dan didaftarkan sebagai pertubuhan rasmi dibawah Akta Pertubuhan,1966, PPP.S1886/28/76/(26) hasil usaha Tuan Haji Anuar bin Haji Abdul Wahab AMN yang merupakan Guru Utama. Kemudian didaftarkan dibawah Akta Pembangunan Sukan 1997 dengan no pendaftaran PPS.0452/98/06/01/68-1(5). Silat Gayung Fatani merupakan kombinasi antara seni, beladiri, suka, muzik silat dan kerohanian silat yang berdasarkan seni budaya Melayu bersendikan syarak.
Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia merupakan antara empat badan pendiri Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA Malaysia). Ia mempunyai gelanggang silat di seluruh 14 buah negeri termasuk Sabah dan Sarawak.
Di peringkat antarabangsa, Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia telah mengembangkan sayapnya di negara-negara luar seperti Austria, Thailand, New Caledonia, Perancis, Switzerland, Norway, Jerman, Romania dan greece.

ASAL-USUL

Seni Beladiri Melayu telah wujud sebelum kehadiran pengaruh luar di alam Melayu yang dikenali sebagai Ilmu Hulubalang atau Ilmu Parajurit yang menjadi penting untuk mengkuhkan pertahanan kerajaan Melayu tradisi seperti kerajaan Melayu Champa, Kemboja, Langkasuka, Kedah Tua dan Pattani yang meliputi Semenanjung TanahTuan Haji Anuar Abd Wahab telah melahirkan guru-guru kanan seperti Tuan Haji Ismail Saad(Pulau Pinang), Abdul Rahman Ismail, Roslan Salam(Selangor), Zaihan Mohd Isa, Haji Khairuddin(Kelantan), Aminnuddin Anuar, Azi Wahija Yop(Antarabangsa), Wan Jaafar Wan Zainal(Terengganu), Masliza(Guru Wanita), Haji Khalid dan Rosman(Melaka), Zulbairi(Perak), Bambang(Negeri Sembilan), Zakaria(Thailand) dan lain-lain yang menjadi guru peringkat negeri seperti, Halim(Perlis), Mazlan(Kedah), Mohd Arif(Melaka) dan Mazlan(Johor). Belia juga telah melahirkan jurulatih peringkat antarabangsa Melayu.

Isnin

Sejarah Penubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia


Seni Silat Gayung Fatani berasal dari sebuah kerajaan Melayu lama diselatan Thai yang dikenali Pattani. Ia pertama kali dibawa dan diperkenalkan di Kedah pada 1840 oleh Syeikh Abdul Rahman yang berasal dari wilayah Pattani. Ilmu ini kemudian diturunkan kepada anaknya Tok Yah Ramli. Syeikh Abdul Rahman juga mengajar kepada beberapa anak muridnya yang dikenali Pak Teh Ali. Pak Teh Ali kemudian menurunkan ilmu ini seterusnya kepada Pak Andak Embong.Pak Andak Embong pula kemudian menurunkan ilmu kepada Tuan Haji Anuar pd 1965. Tuan Haji Anuar sekarang ini juga dikenali pewaris terkini, Guru Utama Persatuan Seni Silat Gayung Fatani Malaysia PSSGFM. Pada 1974 Cikgu Abd Rahman kemudian mempelajari silat ini dan didaftarkan sebagai pertubuhan rasmi dibawah akta pertubuhan. Seni Silat Gayung Fatani merupakan kombinasi antara silat yang turut diiringi muzik tradisional. Gabungan kesenian dengan teknik beladiri menjadikan Seni Silat Gayung sebagai satu bentuk persilatan melayu lama yang menggabungkan teknik tempur jarak dekat & bersenjata